Invois, Quotation dan DO yang kemas, siap dalam beberapa minit.

Isi borang, lihat pratonton terus, tekan Terbit. Dapat PDF A4 dengan logo, cop dan tandatangan syarikat anda, disimpan dalam Google Drive anda sendiri.

10 dokumen percuma. Tiada kad kredit. Demo tanpa log masuk.
Editor invois dengan pratonton A4 langsungPratonton invois di telefon

Masih buat invois dalam Word atau Excel?

Masalah yang biasa kami dengar daripada peniaga dan kontraktor:

Nombor bertindih atau terlangkauDua orang buat invois serentak, atau salin fail lama dan lupa tukar nombor.
Taip semula berulang kaliQuotation diluluskan, kemudian taip semula sebagai invois, kemudian sekali lagi sebagai DO.
Cop dan tandatangan ditampal manualCetak, cop, imbas, hantar. Setiap kali, untuk setiap pelanggan.

Semua yang anda perlukan untuk tiga dokumen ini

Fokus pada Invois, Quotation dan Delivery Order, dibuat dengan betul.

Pratonton A4 semasa anda menaip

Apa yang anda lihat ialah apa yang pelanggan terima.

  • Pilih pelanggan sedia ada atau tambah baharu
  • Item, unit, diskaun dan cukai per baris
  • Jumlah dan jumlah dalam perkataan dikira automatik
  • Draf disimpan sendiri di peranti
Editor dokumen

PDF berjenama syarikat anda

Logo, maklumat syarikat, Bill To, item, SST, bank, cop dan tandatangan dalam satu halaman A4 yang kemas. Dokumen panjang dipecah ke beberapa halaman secara automatik.

Contoh PDF invois

Nombor rasmi yang tidak bertindih

Nombor seperti APS/1126-001 dikeluarkan oleh pelayan ketika terbit, berturutan setiap bulan dan setiap jenis dokumen, walaupun digunakan pada beberapa telefon dan komputer.

  • Edit dalam 24 jam tanpa tukar nombor
  • Batal dengan sebab; nombor tidak digunakan semula
  • Cari dan tapis ikut jenis, status dan bulan
Senarai rekod dokumen

Quotation → Invois → DO dengan satu tekan

Pelanggan setuju? Tukar quotation jadi invois. Barang dihantar? Buat DO daripada invois. Semua item dan pelanggan dibawa sekali, rujukan direkod dua hala.

Menu tindakan dokumen

Logo, cop dan tandatangan, sekali sahaja

Tangkap gambar cop di atas kertas putih. Latar putih dibuang automatik. Seret cop dan tandatangan ke kedudukan yang anda mahu.

Tetapan logo, cop dan tandatangan

Sedia untuk SST

Aktifkan jika syarikat anda berdaftar SST. Kod cukai jualan dan perkhidmatan boleh disunting; cukai dikira dan diringkaskan pada dokumen.

Tetapan dokumen dan cukai

Di telefon, di tapak, di kaunter

Pasang ke skrin utama telefon. Hantar PDF terus melalui WhatsApp selepas terbit. Buka app dan buat draf walaupun tanpa internet.

Skrin utama di telefonDokumen diterbit di telefon

Data anda dalam Google Drive anda

Dokumen, pelanggan dan tetapan disimpan dalam Google Sheet dan folder Drive milik anda. App hanya boleh mengakses fail yang ia sendiri cipta. Jika anda berhenti melanggan, data anda kekal milik anda.

Tetapan storan Google

Mula dalam tiga langkah

Log masuk dengan Google

Folder dan Sheet syarikat anda dicipta dalam Drive anda.

Isi maklumat syarikat

Nama, kod nombor dokumen, bank, logo, cop dan tandatangan.

Terbit dokumen pertama

Isi pelanggan dan item, tekan Terbit, hantar melalui WhatsApp.

Harga yang mudah

Cuba dahulu. Langgan bila sesuai.

PercubaanPercuma
10 dokumen
  • 50 kredit percuma (5 kredit setiap dokumen)
  • Semua ciri
  • Kredit tidak luput
Mula percuma
Bulanan
RM20/bulan
  • Terbit dokumen tanpa had
  • Invois, Quotation dan DO
  • Bayar melalui FPX atau kad
Langgan
Jimat RM40Tahunan
RM200/tahun
  • Semua ciri Bulanan
  • Bayar sekali setahun
Langgan tahunan
Jarang terbit dokumen? Beli pek kredit.

5 kredit setiap dokumen. Kredit tidak luput.

PekHargaDokumenBonus
110 kreditRM102210%
230 kreditRM204615%
600 kreditRM5012020%

Langganan dan pek kredit dibeli dari dalam app (Tetapan → Langganan & Kredit) supaya ia dipadankan dengan akaun Google anda.

Soalan lazim

Di mana data saya disimpan?

Dalam Google Sheet dan Google Drive milik anda sendiri. AnnurPro hanya menyimpan e-mel Google, baki kredit, status langganan dan nombor dokumen yang dikeluarkan. Butiran penuh dalam dasar privasi.

Perlukah saya pasang apa-apa?

Tidak. Annur Docs berjalan dalam pelayar (Chrome, Safari, Edge). Anda boleh pasang ke skrin utama telefon seperti app biasa.

Boleh edit invois selepas dihantar?

Boleh dalam 24 jam selepas terbit; nombor dan pautan PDF kekal sama. Selepas itu, batalkan dan terbit dokumen baharu.

Adakah e-Invois LHDN (MyInvois) disokong?

Belum dalam versi ini.

Boleh guna tanpa internet?

Anda boleh buka app dan buat draf tanpa internet. Terbit dokumen memerlukan internet.

Bagaimana jika saya perlukan bantuan?

Baca panduan pengguna atau hubungi kami melalui WhatsApp 011-2087 9149 atau e-mel annurprosolutions@gmail.com.

Cuba sekarang, tanpa log masuk

Mod demo menunjukkan semua ciri dengan data contoh. Tiada apa-apa disimpan.

Buka demoMula percuma
Cuba demoMula percuma